Uolss.
Hari ni aku nak share aktiviti pertama pada tahun 2016 ni. Kali ni dengan geng geng akak/abang sado, hewhewhew, kitaorang pergi camping dekat Lata Hammer, yang terletak dekat Lembah Perting, Bentong, Pahang. Kitaorang pergi masa cuti thaipusam der, memang pack lah. 23-24 Januari 2016. Senang je nak masuk Lata Hammer ni, melalui lebuhraya Karak, exit Bentong. Cari je signboard ke Lembah Perting (Peting Valley)
DAY 1
Kalau dari Gombak, lebih kurang 1 jam lebih nak ke sana. And nak masuk ke hutan Lata Hammer tu kitaorang kena treking dalam 2 jam. Tapi disebabkan abg Mie Kendo & abg Habib bawak ''subaru'', so perjalanan kitaorang jadi dalam 1 jam jer. And kena treking sikit nak masuk ke dalam.
Dah sampai ke pintu pagar kecik.
 |
benda paling wajib mestila selpie dulu
|
Kat sini kitaorang start treking. Ada pintu pagar kecik kat depan, and sebelah kiri ada chalet tinggal. Korang boleh masuk je tanpa bayaran apa sebab memang macam tak ada orang jaga and kawasan nak masuk agak terbiar sikit.
 |
Penganjur tengah bahagikan barang, gaya macam nak camping untuk seminggu hahahaha.
Hasil rompakan kedai runcit
|
Treking ke Ayor Terjun tu okay saja treknya, kena redah sungai sekali and laluan yang lain x se''adventure'' and sesempit mana. Luas. Dengan pikul barang macam hamba, kami pun layankan and redah je lah trek yang ada tu. Sampai sampai jer kitaorang terus pacak khemah. Mujur dapat port khemah yang tak berbatu, kalau tak memang berbekam la balik rumah. huhuhuh. Plan asal nak pacak betul betul tepi air terjun tapi masa kitaorang sampai, padat, full, mantap, kawasan khemah tu. So abang2 tu decide camping kat belah atas.
 |
| Ramai bak hangg. Meriahh. Masa ni kitaorang sampai jam 8.00am, kot. |
 |
| Tapak camping |
 |
| Abang Wan ngan Abg Habib memey juara tido time ni. Syokkk ooo tido dalam hammock. |
Apa lagi, dah siap bentang khemah, buat dapur, prepare barang-2, semua dah ready nak tojun, sebelum tu, melantak lah dulu.
 |
| MAKAN MAKAN |
Lata Hammer
 |
| dengan akak akak sado |
 |
Siap berakit lagi abang abang belakang tu. Huhuhu. Rasa macam nak tumpang jer tengok dorang berakit.
|
Ni lah background Air Terjun Lata Hammer. Pemandangan yang sangat mempesonakan. Air Terjun ni macam persisiran pantai, betul-2 ada pasir kat tepi-tepi dia. Tak berani nak pergi kat tengah-tengah sebab dalam katanya. Yang kaki pancing tu, boleh lah memancing kat situ. Ramai gak yang lempar umpan.
Malam kita ber'bbq'
 |
bakaq sotong
|
 |
| siakap, nasi goreng, ayam bakar, kembung bakar, kopi. Kak Ija punya perapan ikan-2, ayam, terbaik, superb. dalam hutan melantak siakap. kat rumah pun aku xmakan weyy :'D |
 |
| sotong sambal berapi. sambal dari guide abang ajam |
 |
| banyak gila makanan, terbaik la penganjur, sampai memerut berjemaah, tak pernah dalam hidup aku, ni first. hihihihi |
 |
| anak dara tengah masak nasi goreng untuk anak anak. huhu. |
lepas makan, kitaorang g lepak kat kasino la gais.
 |
siapa kalah kena conteng kat muka. hahahaha. terbahak-bahak. orang lain tidur, kita mengilai.
|
 |
kita tengok siapa yang kena, abang epul tu paling comel hahaha
|
DAY 2
Hari kedua kitaorang sambung Terjun lagi sampai lebam.
 |
poyoo jee ni hahaha gaya je lebeyy
|
 |
| zam zam ala kazammmm |
 |
| kayuh kayuh |
 |
| gaya superman |
 |
| akak akak otai |
 |
| riang ria, merecikk |
 |
| atotototo. omey, sejukk sangat air dia |
 |
tanpa kak ija, kitaorang tak sampai, thanks kak ija a.k.a penganjur trip kali ni. uols semua terbaik dari ladang
|
Dah siap bersuka ria, mandi manda semua kitaorang pun packing barang untuk pulang. Laluan pun redah tempat yang sama masa datang semalam. Ayooohhhhh pulanggg !!
 |
| awek awek hotss |
 |
| titian usang |
 |
| kena hiking sikit masa nak keluar dari air terjun |
 |
abang Habib dah kenapa? huhu
|
 |
balik la gais, penat tapi enjoyy.
|
Kalau korang nak pergi camping, Lata Hammer dah okay rasanya. Memang cun and mengancam Lata Hammer ni. Tak nyesal. Kebersihan dia pun terjaga.
bye-bye Lata Hammer.
Yuhuuuuu.